berkasih sayang tanpa ucapan

Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya.

Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya. Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya. Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang.

Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya.

Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan.


Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel. A

khirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.

Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.

Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu.

Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah. Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil.

Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman. Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah.

Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya

just paste what i really like to share to all you

honestly... its hard to tell or to show LOVE..

kalaulah...



kalau lah memilih itu mudah...
takkan ada yang akan rasa menyesal..
atas apa yang dipilih..

kalau lah hari itu kita yang tentukan apa jadi nya..
tentu takkan ada yang menangis..
akan ape yang telah dia tentukan..

kalaulah mewarnakan hari kita..
semudah mewarnakan bibir dengan gincu..
tentu semua orang gembira dan bahagia..


kalaulah..
apa yang saya kalau kalaukan ini boleh terjadi...

tentu semua orang takkan pernah menangis hiba..
tentu takkan timbul penyesalan didada..
tentu takkan rasa betapa kerdilnya diri kita..
tentu semua orang semakin jauh dari rahmat kasihNYA..


kerana...

tanpa kesilapan..kita takkan sedar..
tanpa penyesalan.. kita takkan terkesan..
tanpa rasa bersalah..kita takkan bertaubat...

oleh itu...
bersyukurlah...
dan berfikirlah selalu...
akan apa yang telah kita lakukan...
akan apa yang sedang kita lakukan..
dan akan apa yang akan kita lakukan...

cukuplah coretan setakat ini..


huhu..dah takde idea dah sebenarnye nak membebel..
hehe..
7 benda alah kat atas tu dapat masa tahun lepas...
mama yang bagi..
tapi tak pakai pun..
sebab tak retilah nak pakai sgt..
kadang2 je kalau nak colet sket2..

haha...

sape nak boleh...
boleh pinjam je aaa..
mama kita kasi..mana boleh kasi orang lain kan..kan..??
ok..

assalamualaikum

19 hari lagi...

tidak sabar lagi !!!
exam oh exam.. cepatlah habis...
nak balik msia....

takde idea pun nak tulis ape...
huhu..bersawangla blog ku ini...

buat semua rakan di u alex...
good luck.. robbuna yusahhil wa yunajjah!!!
haha..dah abis 5 paper baru nak wish...
takpe2..
ade lagi 5 paper...

lama gile exam tahun ni..
21 jun sampai20 julai...
kalau makin kurus takpe aa gak...

ni..bagai dipam- pam..
pam ape???
pam belon..
burung ape?
burung murai..'
burung ape?
burang murai...
ape?
burung murai...
diam..diam..
diam boleh tak???
adik tidoq!

haha
ini hanya kepada sesiapa yang memahami.....

huhu...
minggu ni saye dapat belon...
best...
belon love lagi...
pakwe baru bagi...
nama die..chem!
cempiang!!!'

haha....taklah...
kak chem yang kiut tu kasi..
mekasih cem...


ok..doakan saya..

dan doakan kejayaan kita semua..

insyaALLAH...

pelihara lah subuh kita


Ada beberapa yg jika kita penuhinya, dengan izin Allah solat subuh mudah bagi kita..

1. Ikhlas kan niat (kerana Allah semata-mata)untuk bangun subuh pada waktunya.Berapa ramai antara kita yang memasang niat untuk solat subuh keesokan harinya sebelum tidur? Ataukah perkara-perkara lain yang sering bermain di fikiran kita sebelum enak di buai mimpi?

2. Pasangkan keazaman yang kuat

3. Jauhi dosa-dosa. Cuba minimumkan perkara-perkara dosa yang telah biasa kita lakukan dalam sehari2. InsyaALLAH, mudah untuk kita bangun subuh pada waktunya..

4. Doa

5. Mencari sahabat-sahabat dan persekitaran yang baik yang membantu

6. Tidur yang ideal

- tidur awal
- Tidur dalam keadaan berwudhu'
- tidur mengiring ke kanan
- membaca doa sebelum sebelum tidur

7. Tidak banyak makan sebelum tidur

8. Sentiasa mengingati dan bermuhasabah tentang kelebihan-kelebihan solat subuh

9. Memasang dan mengunci jam untuk bangun

10. Mengajak sahabat-sahabat yang lain dan saling mengingati..

"YA ALLAH JADIKANLAH KAMI ANTARA GOLONGAN HAMBAMU YANG MUDAH UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH PADA WAKTUNYA..."


peringatan untuk diri ini yang selalu terleka dan juga kepada anda yang membaca..

thanks for loving me...




happy father's day abah...

at last

baru je abis exam patho pract tadi..alhamdulillah..syukur sangat sebab boleh jawab..
ni semua berkat berfikiran positif.. wanna know why im thinking positive??

hehe.. sebabnye pagi tu kena gi kelas icdl.. (international computer driving license) kalau ikutkan hati memang tanak pergi..yela tgh hari tu ade exam patho..9 slide ang 35 jar to be remember.. yang keluar just 10.. but.. from the day i know that my schedule have been arranged to have that super duper fun class(i mean icdl) di pagi exam.. hehe..i keep telling myself that keberkatan tu penting.. kalau ikut hati memang tanak gi kelas komputer tu.. but.. sejak dari asrama dulu da dididik keberkatan dari seorang pengajar tu amat2 penting dalam proses kita mencari ilmu.once terdetik dalam hati guru tu rasa marah, tak puas hati, or the worst one..tak menghalalkan ilmu yang die bagi.. habisla hidup kita..

jadi kawan2..dont drop ur class.. just be there.. take all ilmu that they give..
and doa la dengan kehadiran korg ke kelas tu dapat memberi jalan kepada korang untuk lebih paham.. just in my case.. i keep on thinking that if i go to that class.. allah will help me in my exam..

thats all.. just to share my feeling..
hehe..
study leave da start!!

sampai ati tak tunggu!!!

BELASAN VS PULUHAN...

masa berlalu..
tanpa disedari..

kalau dulu muda...
sekarang...(belum tua)
tapi kurang muda..

hakikatnye setiap hari
takkan ade manusia yang makin muda..

harapan..
impian..
cita2..
angan2..
tanggungjawab...
tiada yang makin kurang...
tiada yang makin ringan..

Ya Allah..
terima kasih..
kerana masih beri peluang untuk hidup lagi...
berkatilah hidupku..
rahmatilah hidupku...
berikan kebahagiaan..
berikan kejayaan..
berikan ketenangan..
jangan biarkan diriku terus hanyut
dengan ape yang ada di dunia ini...
ingatkanku sentiasa pada MU
dan janji MU di sana nanti..


limpahkan juga rahmatMU
pada kedua ibubapa ku...
yang telah mendidik aku..
menjadikan aku..
seperti mana yang ada pada hari ini..
dan..
panjangkanlah usia mereka..
supaya dapat mereka
mendidik aku
dan terus mendidik aku..
tanpa ada noktahnya..
dan..
kepada teman2 semua..
maafkan diriku..
jika ade tersalah laku..
terlepas kata..
terguris jiwa..

moga kita terus bersahabat..
terus kan perjuangan..
hingga kita jadi yang terbaik..

insyaALLAH..


dan terima kasih atas segalanya..
semua kenangan pahit
semua kenangan manis..
semua yang menjadikan hidup ini lebih bermakna..
tanpa kalian semua..
hidupku tiada ertinya..






Wassalam...

(^_^)