pelihara lah subuh kita


Ada beberapa yg jika kita penuhinya, dengan izin Allah solat subuh mudah bagi kita..

1. Ikhlas kan niat (kerana Allah semata-mata)untuk bangun subuh pada waktunya.Berapa ramai antara kita yang memasang niat untuk solat subuh keesokan harinya sebelum tidur? Ataukah perkara-perkara lain yang sering bermain di fikiran kita sebelum enak di buai mimpi?

2. Pasangkan keazaman yang kuat

3. Jauhi dosa-dosa. Cuba minimumkan perkara-perkara dosa yang telah biasa kita lakukan dalam sehari2. InsyaALLAH, mudah untuk kita bangun subuh pada waktunya..

4. Doa

5. Mencari sahabat-sahabat dan persekitaran yang baik yang membantu

6. Tidur yang ideal

- tidur awal
- Tidur dalam keadaan berwudhu'
- tidur mengiring ke kanan
- membaca doa sebelum sebelum tidur

7. Tidak banyak makan sebelum tidur

8. Sentiasa mengingati dan bermuhasabah tentang kelebihan-kelebihan solat subuh

9. Memasang dan mengunci jam untuk bangun

10. Mengajak sahabat-sahabat yang lain dan saling mengingati..

"YA ALLAH JADIKANLAH KAMI ANTARA GOLONGAN HAMBAMU YANG MUDAH UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH PADA WAKTUNYA..."


peringatan untuk diri ini yang selalu terleka dan juga kepada anda yang membaca..

No comments:

Wassalam...

(^_^)