HARI HARI TERAKHIR 2007
em..2007 dah nak habis...ape ek hasilnye..azam untuk 2007 pun dh tak ingat dah ape die..tula time wat azam tak sungguh2..memain je.. bulan 12 ni banyak giler makan..asyik makan je..mentor sc dah kata dah.."awak nampak berisi la sekarang",,huuu ayat killer tu..boleh mematahkan selera makan..ceh,,, mungkin untuk 2 jam selepas itu je jangka hayat kepatahan semangat itu.. wateva pun..ahad lepas soalan utk 1st year dah selamat siap..dah anta dah pon kat big bosh.. hehe..alhamdulillah.. kelmarin big bosh tanye nak royalti ke??? saat itu hati ku berkata NAK NAK!!! hehe..ish cover sket..awak tu pompuan.. huweee... takpela...tak payahla royalti2..doakan la kejayaan kita bersama..si pembuat soalan dan si penjawab soalan... semoga semua dapat manfaat..insyaAllah..
....SEDIH....
why should i be sad?? hidup ini cume sekali..soo.... kita kena manfaatkan..live life to the fullest.. kadang2 aku pikir2 balik..aku ke yang salah? aku ke yang tak cukup berusaha untuk yang terbaik.. kenapa masih lagi ade lompang2 dalam hubungan aku dengan manusia lain?
im so sorry....

kadang- kadang lidah ni terus menuturkan sesuatu tanpa melalui tapisan minda...aku menyesal sebab ku dah melukai hati kawan aku dengan kata-kata aku.aku tak peka dengan keadaan sekeliling..bukan semua org miliki perasaan yang sama.Dengan satu ayat aku boleh menggugat keharmonian sebuah persahabatan..aku takut..noktah2 hitam yang kecil yang aku catitkan dalam hati kawan2 aku ni akan bertambah besar..Ya Allah..kau ampunkanla dosa aku..dan kau buatlah hati kawan aku lembut dah biarlah dia lupakan kesalahan aku u..hilangkan noktah2 hitam ini dari hatinye..

raya ni raya ke empat aku sambut diperantauan..sedih? entahla..mungkin tak sesedih dulu..tapi tadi lepas solat isya' masa takbir raya..aku rasa syahdu sangat..laju je air mata ni turun..tak tau kenapa..aku tak pasti sebabnye..sampai aku tak mampu nak bertakbir sama-sama.aku malu bila aku kata aku rindukan keluarga..tapi sebenarnye aku tak..rindu aku tu tak sekuat rindu org lain kt keluarga mereka..entahla..aku rasa aku ni jahat..

aku selalu cakap aku sayang mama and abah..tapi hakikatnye..sayang aku tu tak cukup kuat..aku bukan seorang anak yang baik..aku jarang ingat diorang bila aku nak wat sesuatu keputusan dalam hidup aku..mungkin sebab aku memang dah terbiasa sebab sejak kecik dh sekolah asrama..tapi sebenarnye aku memang sayangkan mereka..sayang mama dengan abah dengan cara aku sendiri..and aku sorang je yang boleh bagi ukuran sebesar mana kasih sayang aku dekat mereka..

deAR diary..
jahat ke aku ni??
kau je tempat aku luah semua nye..sebab aku rasa aku hipokrit bila aku cakap kat org lain..
kadang2 aku rasa tak semua yang keluar dari mulut aku tu is ape yang memang aku nak cakap..
aku terlalu sangat nak jaga hati orang sekeliling aku sampai tahap aku rase perikemanusiaan aku dah kurang..aku goyah untuk tegakkan pendirian aku sendiri sebab aku lebih risaukan pandangan orang..sepatutnya aku kena lebih risaukan pandangan Allah terhadap apa yang aku buat..

Ya Allah..
Ampun kan la aku ya Allah..
aku berdosa...
Aku tak letakkan Kau di tempat yang setinggi-tingginya..
Kadang2 aku lalai ..aku lupa bahawa Kaulah sebaik-baik tempat bergantung Ya Allah..
Ampunkanlah hambaMu yang lemah ini...
www.penat&sejuk.com

hohoho..sejuk gile ar ari ni..terlupa plak nak bawak naju sejuk gi lecture..dahla tak pakai log john..wahaha..bajet diri ni kebal.. tadi cek inn bank..pastu masa tunggu turn tu tetiba lak ade sorang mamat tu potong line..cih..tak berhati perut tol...pastu dah lama die leh kate..ko ni first year ke?? tak penah nampak pon..taula aku ni 'terlebih glamer '..macamla die kenal semua orang..hehehe..ish2...cuba la bawak2 bersabar kan elok..tak manis pompuan kalau naik angin..hehehe...
hari ni tengah hari makan kat abu rabi..wohoho..makan banyak giler ..beli macam macam.. beli pizza ayam..gambari pane.. hawaushi..ngan makarona..sedap pon sedap..tak nyesalla order banyak..sampai tak habis kena bungkus bawa balik lak tu...
sampai umah plak..mulakan aktiviti membasuh baju yang dh lama gila tertangguh..semua examla punye pasal..tak pasal2 aku jad pemalas basuh baju..hua hua hua...padan muka aku.. sekali lagi..hehehe...
esok dah start block respiratory...tiap2 kali mula block baru..mula la pasang azam baru..huhuhu..tapi bila akhir2 azzam ke mana block ke mana..hahaha...tapi belajar dari kegagalan...tak salah kan.. aja aja hwaiting! !
END BLOCK EXAM

huh..finally its done..
taktaula nak kata macam mana..nak kata susah sendiri yang tak well prepared..soo..padan muka untuk diri sendiri..
tapi so far..ok la kecuali pbl tadi..memang susah giler ah..sebab tak master betul2 the whole circulation systerm..tu la..sapa suruh tengok meteor garden kan! haa... serve your right la..
tapi memang untuk yang keberapa kalinye diri ini memberi warning kepada diri sendiri..jangan study last minit..HABAYE..tapi nak wat camne..takleh ubah..susah kan...tapi,,,,ish tapi lagi..dari tadi asyik tapi..tu lah manusia..tak nak gak ngaku salah sendiri..terkenangmasa kecik2 dulu..senang je idup takde tension camsekarang..main je kejenye..lapar makan..ngantok tido..but..life must go on..takkan nak kecik je spanjang masa kan..kang orang kata bantut plak..
huhu...teringa adik2 kat umah..mesti diorang rindu kat kakak diorang sorang ni..alim dah habis spm..dila dah habis pmr..seronoknye diorang.. nanti bila balik mesti semua dah lain..perasaan dah lain..maklumlasemua dah besar..dah ada dunia sendiri..sayannye berjauhan ngan diorang sumer..
dari kecik kecik dulu tak penah pun ade cita cita nak jadi doktor..yang pernah terkeluar dari mulut ni bila org tanye nak jadi ape..kalau tak pensyarah..nak jadi engineer..tapi nampak gayanye arah tuju hidup susah kita nak tentukan..now im here..not for lecturer or engineer..
Kelakar plak bila teringt kat amir..dulu tanye nak jadi ape..katanye nak jadi doktor..pastu adelah satu hari tu die sakit gigi ..bawakla gi klinik..bile balik umah tu..citer2 dia dah tukar nak jadi doktor gigi..masa raya haji 2 tahun lepas die ikut abah gi tengok orgsembelih lembu..terus tukar cita2 nak jadi doktor haiwan..sekarang nak jadi doktor balik..sebab ape?? sebab amir nak belajar kat mesir macam kakak die.bila tanye kenapa nak belajar kat mesir..die jawab sebab kat mesir ade cheese..hahaha..budak2...
aida plak lagi best..masa darjah satu dulu die kata nak jadi artis..pastu mama cakapla..kalau cikgu tanye nak jadi ape jangan jawabnak jadi artis.wat malu mama je..rupe2nye betul ade cikgu tanye dia nak jadi ape bila besar nanti..aida cakap kat cikgu die die tak tau lagi..suruh kawan die yangcakap dulu..sampai dah habis seround kelas tu..cikgu tanye ide balik..pun die taklah nak jawab.. hehe..cikgu tu punciterla kat mama.. bila balik umah mama pun tanyela kenapa aida tak jawab...pastu aida pun cakap "kan mama dah pesan kalau cikgu tanye nak jadi ape jangancakap aida nak jadi artis" ...baguskan..dia ikut pesan tu dan die tak ade rase pun nak tipu cikgu dia dgn main cakapje nak jadi ape..kalau kita la ditanye bila dah besar ni..mesti dah main hemtam je jawab apa2 pekerjaan pun..tulah budak2..ape yang diorang cakap tu memang terus keluar dari hati suci diorang takde pun ditapis2 ape yang diorang nak cakap...
kan bagus kalau hati kita pun sebersih hati kanak2...
.....WANITA DAN RAMA-RAMA...


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidakdipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiapkali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namunrama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkapke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang..INSYAALLAH
..NEW BEGINNING..

Bismillahirrahmanirrahim...
This is my new blog..ive delete the previous one..
Why?
because its full of memory that
i dont ever wish to remember again...
and
with a brand new start
i hope my life can be more interesting,,,
insyaAllah under HIS guide
aja aja hwaiting..!!

Wassalam...

(^_^)