im so sorry....
kadang- kadang lidah ni terus menuturkan sesuatu tanpa melalui tapisan minda...aku menyesal sebab ku dah melukai hati kawan aku dengan kata-kata aku.aku tak peka dengan keadaan sekeliling..bukan semua org miliki perasaan yang sama.Dengan satu ayat aku boleh menggugat keharmonian sebuah persahabatan..aku takut..noktah2 hitam yang kecil yang aku catitkan dalam hati kawan2 aku ni akan bertambah besar..Ya Allah..kau ampunkanla dosa aku..dan kau buatlah hati kawan aku lembut dah biarlah dia lupakan kesalahan aku u..hilangkan noktah2 hitam ini dari hatinye..
raya ni raya ke empat aku sambut diperantauan..sedih? entahla..mungkin tak sesedih dulu..tapi tadi lepas solat isya' masa takbir raya..aku rasa syahdu sangat..laju je air mata ni turun..tak tau kenapa..aku tak pasti sebabnye..sampai aku tak mampu nak bertakbir sama-sama.aku malu bila aku kata aku rindukan keluarga..tapi sebenarnye aku tak..rindu aku tu tak sekuat rindu org lain kt keluarga mereka..entahla..aku rasa aku ni jahat..
aku selalu cakap aku sayang mama and abah..tapi hakikatnye..sayang aku tu tak cukup kuat..aku bukan seorang anak yang baik..aku jarang ingat diorang bila aku nak wat sesuatu keputusan dalam hidup aku..mungkin sebab aku memang dah terbiasa sebab sejak kecik dh sekolah asrama..tapi sebenarnye aku memang sayangkan mereka..sayang mama dengan abah dengan cara aku sendiri..and aku sorang je yang boleh bagi ukuran sebesar mana kasih sayang aku dekat mereka..
deAR diary..
jahat ke aku ni??
kau je tempat aku luah semua nye..sebab aku rasa aku hipokrit bila aku cakap kat org lain..
kadang2 aku rasa tak semua yang keluar dari mulut aku tu is ape yang memang aku nak cakap..
aku terlalu sangat nak jaga hati orang sekeliling aku sampai tahap aku rase perikemanusiaan aku dah kurang..aku goyah untuk tegakkan pendirian aku sendiri sebab aku lebih risaukan pandangan orang..sepatutnya aku kena lebih risaukan pandangan Allah terhadap apa yang aku buat..
Ya Allah..
Ampun kan la aku ya Allah..
aku berdosa...
Aku tak letakkan Kau di tempat yang setinggi-tingginya..
Kadang2 aku lalai ..aku lupa bahawa Kaulah sebaik-baik tempat bergantung Ya Allah..
Ampunkanlah hambaMu yang lemah ini...
No comments:
Post a Comment