seolah kamu tak kenal saya

saya perlu kan seseorang yang tak kenal saya.boleh? supaya saya boleh tulis ape sahaja yang saya mahu tanpa perlu memikirkan kesan dan akibatnya.. bolehkah ia berlaku? saya perlukan seseorang yang tak berada di persekitaran saya..supaya ape sahaja yang saya tulis tak akan sampai ke persekitaran saya..tak akan memburukkan nama sesiapa..boleh?

tak boleh..
tak akan berlaku..
sebab siapa yang mampu pisahkan dunia saya dan dunia anda? kita tetap berpijak diatas dunia yang sama.. apa sahaja yang akan diperkata tak akan habis hanya setakat di sini..mungkin akan bersambung2 hingga tiba ketelinga si pendengar..

oh ...
kiranya macam saya nak share rahsia dengan anda lah ni kan? maaflah... tak perlu rasa ini rahsia..kerana pada masa ini saya sangat terluka mendengar perkataan rahsia.. anda tahu kenapa? mestilah tidak kan? anda siapa? seseorang yang rapat dengan saya? mungkin ya... mungkin tidak.. hm..bukan ke rahsia adalah untuk orang yang rapat dengan anda? oh..jangan terpedaya..mungkin andalah yang terakhir untuk mengetahuinya walaupun anda rapat.. dan semestinya ia bukanlah lagi rahsia.. atau mungkin juga anda tidaklah serapat yang anda sangka selama ini..

oh hati.. tenanglah dikau.. serius..saya sangat222 kecil hati saat ini.. tapi saya tak tahu kenapa saya tetap tak boleh nak ilangkan kecil hati ni.. memangkah hati saya telah kecil.. walau saya diberitahu saat ini juga mungkin saya sudah tawar hati..tapi tak apa..saya kan pandai berlakon.. buat2lah seolah2 inilah kali pertama saya mendengar tentangnya.. oh..im so suprise... senang je kan atie.. buat semua orang senang ati.. si atie yang kecik ati..

kawan saya pernah kata.. kadang2 kite nampak seseorang tu sangat mesra, peramah, ramai kawan, boleh in ngan sesiapa sahaja, boleh berbicara tentang apa jua cerita walau pun hanya baru kenal, dan kita akan cemburukan kebolehannya, cemburukan kepetahannya bersuara, kenapa kita tak ada bakat tu, kenapa kite tak pandai berkawan, ... lepas tu bila die di uji dengan sesuatu dugaan dimana dia memerlukan teman untuk membantu,, tiada siapa yang tampil menghulur bantuan.. sebab ape anda nak tahu? sebab ape?.. sebab selama ini ape yang kita nampak itu adalah sesuatu yang superficial..kerana ramahnya die adalah kerana berkepentingan, berkawannya die adelah kerana punye tujuan, kurangnya keikhlasan, maka perhubungan itu tidak lama tempohnye..usai kepentingan terputuslah atau goyahlah ukhuwah yang baru dibina..lalu bila diuji dan perlukan teman, boleh dikira berapa sahaja yang tinggal..

sekarang ni saya terfikir..adakah saya juga tergolong dalam golongan diatas? adakah saya berkawan kerana berkepentingan? jika ya..dan andalah mangsanya..saya minta maaf. dan saya harap lupakanlah perhubungan berkepentingan itulah dan saya mohon marilah kita mulakan hubungan baru.. yang kekal hingga akhir nyawa..

ingat..
anda baca segala nya dia atas seolah anda tak kenal saya..

wslm

No comments:

Wassalam...

(^_^)