LURUH BELUM RUNTUH..
Di sini suasana menguning menanti musim luruh
Semarak dalam sepi namun hening
Di sini hati jadi bening sesejuk salju
Harga kemanusiaan tidak runtuh seperti di selatan lubnan
Disemenanjung Gaza, di bukit golan atau di baghdad
Di sana peluru dan mortar adalah hujan yang menyantap ribuan jiwa
Yang membedil dan meruntuhkan segalanya
Tidak kenal kecil tua, lelaki, dan wanita...
Serakah si mata satu itu belum muktamad
Kerana hatinya sudah kematu
Kemanusiaan adalah debu di kakinya
Junjungan utamanya adalah kuasa
Yang mengubah corak peta baru di Timur Tengah
Menjadi medan berapi telunjuk besi
Selalu mencari akal untuk menakluk dunia
Inilah dajal zaman baru
Lalu buat penghuni lembah hening
Ayuh! marilah kita kukuhkan barisan ukhuwah
Jangan leka dalam cinta dunia
Tapi siap siagakan dirimu dengan memelihara syariat
Untuk tidak ditembusi dajal durjana
Kealpaan kita kepadaNYA lah
Yang telah jauh menghanyutkan kita dari rahmat
Oleh itu janganlah Dia dilupakan
Sebelum luruh menjadi runtuhan berpuing di dasar bumi
_anis okt 2006_
sama sama renungkan.
No comments:
Post a Comment