Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time…
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang anda dan pegi tido.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati, “Hoooorey, ko dah balik!” Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia, “Sepatutnya kau dah blah dah sekarang.”
3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat, “Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tido. Esoknya, kalo dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata, “Dah merebak, dah merebak!”
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap dan tido dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap, “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi!” sambil keluar menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6.Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata, “Tak lama lagi, tak lama lagi…”
7.Duduk di depan papan chess dua tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi.”
8.Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tido. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat “Hoooorey!!!” dan bukak lampu semula.
9.Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda?” Lepas tu buat muka bodoh sambil berkata, “Eh, kau rupanya…”
10.Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh, aku dah ingat.” Lepas tu pengsan balik.
11.Bila roommate anda balik, pura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13.Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu.
Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14.Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat muka bodoh dan confused.
15.Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang dengan popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16.Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17.Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.
18.Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata, “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la. Macam teknik rebonding.” Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19.Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 orang bace yasin ramai2. Bila roommate jaga pakat-pakat buat tak nampak apa-apa.
20.Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.
haha...im sure orang yg wat tips ni bengang giler ngan roomate die then tak tau nak handle emosi.. kesian..kesian..
saya nak gak try certain point.. tapi malangnye saya takde roomate..too bad.. hehe..
think out of the box
Imagine this …
You are driving along in your car on a wild, stormy night, it’s raining heavily, when suddenly you pass by a bus stop, and you see three people waiting for a bus:
- An old lady who looks as if she is about to die.
- An old friend who once saved your life.
- The perfect partner you have been dreaming about.
Which one would you choose to offer a ride to, knowing very well that there could only be one passenger in your car? Think before you continue reading…
………….
……….
……….
……….
……….
…………
…………
This is a moral/ethical dilemma that was once actually used as part of a job application.
- You could pick up the old lady, because she is going to die, and thus you should save her first.
- or you could take the old friend because he once saved your life, and this would be the perfect chance to pay him back.
- However, you may never be able to find your perfect mate again.
- or you could take the old friend because he once saved your life, and this would be the perfect chance to pay him back.
- However, you may never be able to find your perfect mate again.
The candidate who was hired (out of 200 applicants) had no trouble coming up with his answer. Guess what was his answer?……….
……….
……….
……….
……….
………..
He simply answered: “I would give the car keys to my Old friend and let him take the lady to the hospital. I would stay behind and wait for the bus with the partner of my dreams.”
Sometimes, we gain more if we are able to give up our stubborn thought limitations.
Never forget to “Think Out of the Box.” So what was yours ?????
musim sejuk telah tiba
hai kawan2.. cewah..macam wonder pets plak..(saya tidak menggemarinya kerana ia telah menyebabkan saya tidak berpeluang menonton di kala petang hari..jika perlu terpaksa merebut remote yang sentiasa bertahta di tangan ayu..)
musim sejuk tiba lagi.. walaupun tanpa kehadiran salji setinggi 1 meter..atau snowman di setiap tepi jalan atau jentera penolak ais di jalan raya.. namun kesejukannya tetap terasa..
musim sejuk adalah musim yang menakutkan..kerana.. apa sahaja yang dimakan..akan amat la susah untuk di metabolikkan.. kerana..alangkan musim panas pun saya tak kurus..inikan pula musim sejuk.. dah la asyik nak makan je kerje nye..alasan..sejuk2 ni laparla.. padahal tak sejuk pun saya tetap makan..
tahun ni tak seperti tahun pertama saya di sini... haha..tak terbayang masa tu.. awal2 da gi beli baju sejuk... pastu pakai terus.. gi mana-mana pakai baju sejuk..padahal masa tu takdela sejuk sgt.. excited la katakan..tu nasib baik takde salji tu..kalo tak alamatnye tiap2 arila saya main pasir..eh..main salji kat bawah bangunan..
bila tgok balik gambar first year..alahai.. semangatnyela.. sekarang ni selalu je pegi kelas tak pakai baju sejuk.. kata pada diri..bukan sejuk sgt pun..biase je arini.. bila sampai kelas..huhu..menyesalnye tak bawak... em.. macam tu la alkisahnye...
2-3 minggu lepas...tak sure tarikh sebenar..ade berlaku keruntuhan kat sini.. keruntuhan? keruntuhan akhlak? no..no..no.. keruntuhan harga minyak? also no.. keruntuhan bangunan..huhu..seram.. tak la jauh dari bangunan saya..2minit jalan da sampai.. bangunan tu runtuh sebab asa dia tak kuat..then main buat ke takde plan..camtula lebih kurang.. masa die runtuh tu saya tiada ditempat kejadian.. mungkin masa tu saya sedang indah megutip ilmu2 di kuliah.. tapi agak terukla..masa saya singgah tengok da malam..and da clear pun kawasan tu..
ade 2 kehilangan jiwa berlaku.. dan yang sedihnya makcik dan anak perempuannya itu mati kerana mereka sendiri tanak keluar dari bangunan tu.. actually penghuni bangunan tu da sedar tanda2 nak runtuh so diorg keluar sejam before die runtuh..tapi makcik ni tanak keluar dengan alasan dia takkan keluar selagi die takde jaminan yang die akan dapat pampasan.. dan akhirnye..ape yang ida dapat.. nothing.. kesian anak dia.. mungkin anak die terpaksa pilih..nak ikut cakap mak ke nak keluar.. akhirnye dua2 tak berpeluang untuk meneruskan hidup didunia ini..apatah lagi nak mohon pampasan..
dan saya juga seram memikirkan insiden itu.. memangla saya tak kata yang saya mendoakan benda tu.. tapi bangunan rumah saya ni pun tidak kurang veterannye.. dibina pada tahun 1922.. lama tu..hehe..takpela..doakan yang terbaikla.. harap2nya saya masih mampu meneruskan perjuangan hidup..
tahun ni..walaupun saya da tinggalkan banyak benda yang saya rasa sebelum ni membebankan saya tapi saya still rasa terbeban.. apakah maknanya..
mungkin saya masih belum kuat berusaha..

assalamualaikum..
sesaja
kala malam ... berjalan2 di bumi alexandria.. teringat kat umah dulu..magrib je da kena masuk..takleh main2 kat luar.. lagipun bukan ade ape pun kat luar..maklumla..saya cuma duduk di kawasan yang jauh di pendalaman.. takde kemajuan.. yang paling maju pun kedai apek yew lee.. kedai biasa je tapi da kami anggap antara kedai termasuk di situ.. siap panggil supermarket lagi.. huhu..
kalo nak ke bandar.. paling baru adelah bandar tasik puteri..bandar country homes..and rawang.. tapi saya tak penah pun ke bandar2 tersebut untuk berjalan2.. selalunya( adalah 2-3 kali) saya kena ke bandar tu untuk anta adik ke kelas tuisyen..
bunyi macam sedap je kan ayat tu.."kena anta adik" mesti kalian sume membayangkan saya yang elegan menaiki kereta BMW berwarna pink metalik..bercermin mata belalang.. memakai jaket kulit.. memegang stereng..dan melaungkan nama " arif! are you ready to go now? lets go!! brumm!!...
hakikatnye.. "arif lambat lagi ke.. cepat aa..kang bas datang kang naya je.. da nak kol 7 ni.. kalo tak naik bas ni..lantak arif aa jalan kaki ..esok baru sampai" pastu kami terkedek2 berlari-larian ke stesen bas yang selang 3 umah dari umah saya.. menunggu bas yang mcm biskut chips more tu.. untung ade la..kalo takde.. tak gi tuisyen la arif tu..(ala..die seronok je tak kena gi)
yang lagi tak seronoknye.. saya ngan dila aa.. kena teman arif naik bas.. sampai country homes..kdg2 30 minit..kadang 45 minit..kadang sejam.. ikut mood apek yang bawak bas tu.. sampai je country homes..arif selamat ke kelas tuisyen.. dan saya..kena tunggu die..oh manja sungguh adikku ini... adelah dlm sejam setengah.. nasib baik ade dila..dan nasib tak baiknye saya kena belanja die..sebagai alasan dila kata "ala..kakti ni takkan nak tunggu arif kat sini kot..jom aa kita makan2 dulu"(dalam erti kata lain..jom la kakti belikan dila apa2 dulu)
tapi takpe..saya seronok je ngan adik2 saya.. saya senang je.. walau pae pun yang mereka nak..janji jgn sampai nak yang saya tak mampu tu dah la..
sebenarnye ape tajuk utama saya hari ini???
saja je.. saya nak crita kisah pengangkutan di kawasan saya tu.. anda penah tak menunggu bas berwarna hijau di hadapan seven eleven sambil menyedut slurpy hingga cawan ketiga.. sambil terjengok2 kehadiran bas tu tak kunjung tiba.. selang setengah jam bertanya pada apek tukang jaga tu..(itu bas pigi batu arang ke? dan apek tu menggeleng untuk kali yg keberapa nye) and lepas tu bila anda pandang die lagi untuk kali yang keberapanye die toleh tempat lain wat2 tak perasan anda nak tanya die..penah? penah? penah?
ha...SAYA PENAH! malah selalu..kalo tunggu bas mesti paling kurang 4 jam.. seingat saya kalo tak salah dalam 5 kali kejadian itu berlaku sekali je akhirnye bas ijau tu berkunjung ke seven eleven tu...yang selebih 4 kali tu..saya call ayah saya merayu agar die sudi mengambil saya di rawang.. atau pun saya mengambil inisiatif menaiki bas ke country home and menelepon abah supaya ambil saya di sana...
dan yang paling amat selalu sekali adalah..saya sampai pukul 2.. tunggu sampai pukul 5.. then tunggu di country homes sampai magrib..abah datang and saya terpaksa tunggu abah yang gi ajar tuisyen kat country homes tu sampaila die abis mengajar.. dalam kereta serena yang dimatikan enjin,, sejuk beku..malam gelap..sehingga 9.45 dan terus ke rumah and tiba di home sweet home saya kol 10.30.
itulah agaknya sebabnye kenapa saya tak suka keluar sendiri.. saya lebih senang bersama keluarga saya.. lagipun saya memang tidak reti bersosial.. terlalu bergantung kepada org lain..tanak mencuba..tak adventerous..malas..pemalu....penyegan..dan sebagainya lagilah yang terkeluar di minda ramai di antara kalian yang mengenali saya...nak pegi mana2 mesti takut..pastu sentiasa nak berteman sampai kadang2 org naik menyampah..dia ni takleh ke pegi sendiri,...aku pegi sorang2 ok je...
dan saya sebenarnye agak sedih kerana kadang2 org menyifatkan saya ni kolot..tapi kini saya tetiba rasa berbangga pulak menjadi kolot.. entahla.. kolot tak kolot..yang penting kita tahu jaga diri kita macam mana kan.. kepada kalian semua..pandai2 la jaga diri kalian..kerana hanya kalian yang memahami diri kalian sendiri..

bulan juga tahu untuk tersenyum...wish you all the happiness!!!
si dia yang cool
kehadiran si dia di sisi mengundang ketenangan..
jika dahulu keseorangan..
kini diri ini berteman..
kami sentiasa bersama siang dan malam..
jika saya makan...
dia pun makan..
walau tak sepinggan..
jika saya study..
si dia sentiasa menemani..
tanpa jemu..
kami menonton movie bersama2..
ketawa bersama2..
lena saya tenang ditemaninya..
mengapa ketenangan itu..
sukar di ungkap..
adakah saya keterlaluan??
jika dahulu keseorangan..
kini diri ini berteman..
kami sentiasa bersama siang dan malam..
jika saya makan...
dia pun makan..
walau tak sepinggan..
jika saya study..
si dia sentiasa menemani..
tanpa jemu..
kami menonton movie bersama2..
ketawa bersama2..
lena saya tenang ditemaninya..
mengapa ketenangan itu..
sukar di ungkap..
adakah saya keterlaluan??
kempunan....
satu kejadian..
di library,
"ona..kita teringin la nak makan cheese burger"
"hm..order la kat housemate awk, diorg kan gi jalan2 arini"
terus amik hp dan menyampaikan sistem pesanan ringkas kepada yang berkenaan
(na, belikan kite cheese burger ye, teringin la tetiba)
on the way nak balik rumah, berjalan kaki seorang diri,
"sedihnye kena tukar group, nak nangis je rasanye, takpela... nasib baik na ade belikan cheese burger."
ayat untuk memujuk diri sendiri..
sampai di rumah,
"ada, na ade belikan tak yang kite pesan tu"
"ada"
terus masuk bilik, tukar baju, solat.. dan..
"kat mana ye na simpan cheese burger?"
" ade je kat dalam peti ais"
dalam hati da pelik.. kenapa burger kena simpan dalam peti..
dengan penuh pengharapan...
peti ais di buka..
"tak de pun ade"
"ade, kat bawah2 sket"
mataku meliar2 mencari subjek yg dikehendaki..
dan...
huhu... tu cheese untuk masak ngan burger.... bukan cheese burger,,
kempunan la aku.. huhu

hari ini....
hari ini..
hari jadi seorang insan yang paaaaaaaaling istimewa dalam hidup saya..
em...
hidup saya ni biasa la..
sentiasa dipenuhi dengan insan2 teristimewa...
saya doakan insan yang teristimewa itu...
sentiasa gembira..
sentiasa ceria...
sentiasa bahagia..,
sihat sejahtera...
dan saya harap...
kasih sayang...
antara saya dan insan istimewa tu...
semakin bertambah hari demi hari..
insyaALLAH...
HAPPY BIRTHDAY ABAH...
ikhlas,,
akak yang jauh..
hari jadi seorang insan yang paaaaaaaaling istimewa dalam hidup saya..
em...
hidup saya ni biasa la..
sentiasa dipenuhi dengan insan2 teristimewa...
saya doakan insan yang teristimewa itu...
sentiasa gembira..
sentiasa ceria...
sentiasa bahagia..,
sihat sejahtera...
dan saya harap...
kasih sayang...
antara saya dan insan istimewa tu...
semakin bertambah hari demi hari..
insyaALLAH...
HAPPY BIRTHDAY ABAH...
ikhlas,,
akak yang jauh..
Subscribe to:
Posts (Atom)